Sekiranya anda adalah antara manusia yang membesar dengan mengikuti rancangan bersiri Kamen Rider ataupun dalam bahasa orang putihnya Masked Rider dan terdapat manusia menganggap anda seorang yang kebudak-budakkan, maka mereka sudah silap. Anda sebenarnya adalah orang yang paling kool dan mereka sebenarnya mungkin belum merasa tendangan Rider anda.
Anda adalah peminat tegar wira Kamen Rider jika ayat-ayat seperti "Henshin", "Rider Kick" dan "Rider Punch" adalah ayat motivasi anda untuk mengharungi kehidupan. Jadi, untuk menghargai peminat-peminat Kamen Rider, saya akan berkongsi 10 wira Kamen Rider sepanjang zaman pilihan saya untuk semua peminat-peminat wira bertopeng ini.
10. Kamen Rider Sky @ Skyrider
Kamen Rider Sky ataupun Skyrider ialah Kamen Rider pertama yang mampu terbang dan antara Rider yang mempunyai tendangan 'Rider Kick' terkuat. Kalau dia sekali tendang orang boleh gila sawan babi anjing.
9. Kamen Rider Zolda
Watak utama yang ketiga dalam siri Kamen Rider Ryuuki. Aku lebih suka Zolda berbanding kedua watak utamanya, Ryuuki dan Knight kerana Zolda merupakan Kamen Rider yang mempunyai senjata heavy arm dan senjata jarak jauh yang hebat. Serangan terakhirnya dipenuhi peluru berpandu yang berbagai-bagai serta enak rasanya sehingga menjilat kemaluan anjing.
8. Kamen Rider Skull
First sekali aku minat Kamen Rider ni sebab penampilannya ala-ala arwah Michael Jackson yang sehingga kini kita tak tahu dia mati masuk islam ataupun kafir. Kamen Rider Skull merupakan salah satu Kamen Rider yang bertemakan detektif dalam cerita Kamen Rider W. Lagi satu sebab penampilan dia lain daripada semua kamen Rider yang ada serta tagline sebelum memulakan pertarungannya iaitu "Saa, omae no tsumi o kazoero (Now, count your sins)".
7. Kamen Rider J
Kamen Rider J satu-satunya Kamen Rider yang boleh bertukar menjadi saiz gergasi besar bapak. Sekali kau kena pijak jadi nasi ayam penyet kau.
6. Kamen Rider Shin
Kamen Rider Shin merupakan Kamen Rider yang paling tragik dan sedih dalam sejarah siri Kamen Rider. Cerita Kamen Rider Shin lebih tragik dan sedih daripada filem Ombak Rindu. Kamen Rider Shin dijadikan bahan eksperimen secara paksa, bertukar tanpa laungan henshin serta bertukar tanpa hati yang rela bagaikan wanita yang tahu dirinya akan dirogol secara bergilir-gilir, tiada motosikal seperti Rider yang lain. Namun dia tetap miliki hati yang suci sebagai seorang Kamen Rider.
5. Kamen Rider Den-O
Tema siri Kamen Rider Den-O iaitu merentasi masa silam atau masa hadapan menggunakan kereta api Den-Liner teramatlah kool. Kamen Rider Den-O mendapat pertukaran bentuk melalui raksasa-raksasa Imajin yang pelbagai karakter menunjukkan Kamen Rider dan raksasa juga boleh bersatu dalam satu masyarakat yang harmoni tanpa mengira bangsa, darjat dan agama. Puiihhh, ayat macam perdana menteri tengah berucap.
4. Kamen Rider W
Kamen Rider W memerlukan dua orang untuk bertukar. Kamen Rider W juga mempunyai dua kuasa yang berbeza gabungan seperti Cyclone atau Joker, Metal atau Heat, Cyclone atau Heat dan setiap gabungan mungkin menghasilkan gabungan satu kuasa yang padu gila bapak sampai meletup kepala gergasi babi sundal.
3. Kamen Rider Black RX
Siapa masih ingat lagi Kesatria Baja Hitam yang pernah popular kat Malaysia dulu? Itulah Kamen Rider Black dan yang ini pula Black RX, sambungan kepada cerita Black tadilah. Watak yang sama tapi lebih kool. Sebab apa kool? Sebab Black RX ada lightsaber yang macam Star Wars tu, lepas tu boleh bertukar jadi Robo Rider yang kebal dan Bio Rider yang fleksibel cecair hebat gila anjing. Tengok gambar kat atas dari kiri Kamen Rider Black, Bio Rider, Robo Rider dan Kamen Rider RX.
2. Kamen Rider Kabuto
Kamen Rider paling kool, ego dan murni serta seorang abang yang sangat bertanggungjawab menjaga adik perempuannya. Rekaan kostum Kabuto sangatlah kool sebab mengekalkan semula ciri-ciri serangga setelah lama Kamen Rider yang sebelum ini tidak dikekalkan dengan tema itu. Rasanya selepas Kamen Rider Shin, kesemua Kamen Rider tidak bertemakan serangga lebih-lebih lagi Kamen Rider Ryuuki. Lagi satu sebab kenapa aku minat Kabuto adalah kerana pelakonnya iaitu Hiro Mizushima mirip muka aku, cuma aku lebih handsome.
1. Kamen Rider 1
Walaupun sudah masuk 40 tahun, Kamen Rider 1 tetap menjadi pujaan aku. Walaupun sekarang sudah berlambak siri dan filem Kamen Rider, Kamen Rider 1 ataupun Kamen Rider jugalah yang terbaik. Kamen Rider dijadikan askar super oleh orang jahat Shocker (yang comfirm dijanjikan seksaan neraka kerana kejahatannya) untuk menjalankan kegiatan jahat Shocker lalu Kamen Rider yang ketika itu digelar sebagai Hopper oleh Shocker berpaling tadah kerana cintanya terhadap keamanan dunia dan manusia sejagat. Suci betul hati Kamen Rider ni. Sebab yang lain, Kamen Rider ini memiliki semangat setiakawan dan perjuangan yang tinggi. Walaupun gambar di atas merupakan remake kepada siri Kamen Rider yang asal, tapi sebenarnya nilai mulia Kamen Rider 1 tetap diterapkan. Kamen Rider 1 adalah permulaan kepada semua Rider Kick yang ada kat dunia Rider.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar